Kelas Microsoft Office Excel
29 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPada 28 Mei yang lalu, Staff Pusat Internet PPR Kg Muhibbah telah mengadakan kelas Microsoft Office Excel bersama adik Nur Adwa Farzana binti Muhammad Rodney bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Kelas ini diadakan adalah sebagai persediaan adik Nur Adwa Farzana untuk bekerja di tempat baru yang memerlukan beliau untuk tahu dan mahir dengan Microsoft Office Excel.
Microsoft Office Excel amat penting dikuasai kemahiran untuk menggunakannya bagi menjalankan kerja-kerja seperti membuat laporan bulanan, pengiraan dan kerja-kerja harian. Adik Nur Farzana telah dapat meningkatkan tahap penguasaan beliau untuk menggunakan Microsoft Office Excel dan mula yakin untuk memulakan kerja baru yang beliau telah terima.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: